Pelakon Yana Samsudin meluahkan rasa sedihnya apabila ahli keluarganya turut terpalit dalam kontroversi melanda telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi.
Luahan tersebut disuarakan menerusi ruang komen pada posting di Facebook milik pensyarah Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Kamilin Jamilin.
Dr. Kamilin antara individu yang berkesempatan menonton telefilem tersebut bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor, PU Hafiz dan ramai lagi ilmuan agama.
Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 31, dia terpaksa menanggung fitnah selama seminggu gara-gara isu tersebut.
"Saya sebak sebab teruk ahli keluarga dihina dikafirkan, dihukum masuk neraka. Seminggu tanggung fitnah," katanya pada ruang komen.
Untuk pengetahuan anda, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari bertindak selaku penerbit telefilem terbabit di bawah produksi Prokuya Studios.
Sementara itu, menerusi posting Dr. Kamilin, dia tidak merasakan sentimen negatif seperti dibangkitkan sesetengah netizen.
Menurut Kamilin, nilai pengajaran drama berkenaan jauh lebih dominan.
"Babak Hamid berada di pondok tahfiznya hanya pada awal cerita ketika menggambarkan situasi Hamid yang berusaha mencari ruang buat dirinya bertaubat.
"Saya tidak melihat ada unsur ‘serangan’ pada institusi tahfiz. Buli memang wujud pada mana-mana tempat yang masih ‘melekat’ budaya buli pelajar baru.
"Saya kira ramai bersepsi sedemikian kerana gambar berserban seperti kes Polis Evo 2 sebelum ini," katanya.
Untuk rekod, Demi Tuhan Aku Bersaksi diterbitkan Prokuya Studios dan berkisarkan seorang mak nyah dijayakan pelakon Syafie Naswip cuba kembali ke pangkal jalan dengan bertaubat dan mendalami ilmu agama.
Kritikan terhadapnya bermula apabila poster dan sinopsisnya disiarkan di internet.
Sebahagian netizen berpendapat drama tersebut memberi pandangan negatif khususnya terhadap agama Islam.
Hanafis Haris
Sun Aug 11 2019
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert ‘Love in The Sky’ di Resort World Genting Ogos Ini!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.
Kerap Disoal Tambah Cahaya Mata Kedua, Ini Komen Ain Edruce!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dan gelagat keluarganya di media sosial.
Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia Batal Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sabah Dan Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”
Semoga dipermudah.
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.