Konsert pertama Gegar Vaganza 2 (GV2) telahpun berakhir dan 12 peserta juga sudah menunjukkan taring masing-masing.

Kemeriahan malam konsert sehingga hari ini masih boleh dirasai, bulu roma pula masih tegak berdiri dek penangan GV2.

Selain kehebatan konsert pertama semalam, para penonton di rumah pasti ingin tahu apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jom Astro Gempak kongsikan kepada anda semua 12 perkara menarik semasa siaran langsung GV2, yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:

1) Sambutan luar jangkaan dan auditorium MBSA 'full house' dengan 1000 orang penonton!

2) Bebarapa buah bas persiaran yang membawa penyokong peserta GV2 kelihatan di perkarangan MBSA. Tempat letak kereta bawah tanah pun penuh. Dah macam konsert final!

3) Faizal Hussein tidak mahu menjadi juri GV2 pada mulanya, tetapi selepas dipujuk dia menerima tawaran daripada Astro.

4) Ketika sidang media, Faizal Hussein teruja berkongsi pengalaman pertamanya duduk di kerusi juri sehingga meminta untuk menjadi juri tetap GV2!


Dah lama tak tengok @faizalhusseinofficial #breakdance ? Istimewa di #GegarVaganza ! #Oldskool #azroy

A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on

*Aksi spontan Faizal Hussein 'breakdance' ketika malam konsert GV2*

5) Nabil dan Jihan tidak duduk diam semasa iklan dan yang pastinya para penonton tidak kering gusi dengan gelagat spontan mereka. Dah tak payah keluar bajet untuk jemput pelawak.

6) Acong Sweetchild cuak ketika lampu di auditorium terpadam kerana menyangka masalah teknikal berlaku, tetapi rupanya dia tertipu dengan gimik yang menampilkan Ifa Raziah sebagai cameo GV2.

7) Dewan gamat ketika Sheeda mempersembahkan lagu hitnya 'Angkat Kaki'. Datuk Vida pula telah mengetuai kumpulan joget lambak bersama Maya Matahari, Zur Eda, Isma AF, Bienda dan ramai lagi. Memang meriah!

8) Penonton di auditorium terkejut dan terdiam seketika semasa Nabil dan Jihan memberitahu penyanyi Azian Mazwan Safuan mempunyai 7 orang anak.

9) Jeritan paling kuat penonton adalah ketika persembahan Zul Handy Black.

10) GV2 merupakan program yang paling ramai dihadiri oleh artis tidak kira yang baru atau lama antaranya Jaafar Onn, Razlan Kristal, Man Raja Lawak, Amelina, Datuk Shah Reza, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan ramai lagi.

11) Setiap kali iklan, Nabil akan menyanyikan “Cili cili padi, cili cili padi” kepada Jaafar Onn. Kepada penonton yang tidak tahu, Cili Padi merupakan sitkom popular 90an yang dibintangi Jaafar.

12) Kejutan untuk Jaafar Onn apabila lagu 'Selamat Hari Lahir' bergema di Auditorium! Ulangtahun kelahiran ke berapa ya? Selamat Hari Lahir kepada Jaafar Onn dari kami di Astro Gempak!

Konsert kedua GV2 pada minggu hadapan bertemakan 'Aku & Lagu'. Jangan lupa untuk menyaksikan konsert kedua pada minggu hadapan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) bermula jam 9 malam.

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin