Pelakon dan penyanyi, IU telah membuka akaun Instagram (IG) semata-mata untuk karater dalam drama terbaru lakonannya Hotel Del Luna, Jang Man Wol.

Akaun yang dibuka dengan posting pertama pada 14 Julai lalu itu kini sudah mencecah 382,000 pengikut.

Menariknya, kapsyen yang ditulis IU menerusi setiap posting adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku dalam drama tersebut.

외우세요 겁 주러 갈 땐 단발머리 #호텔델루나

A post shared by 장만월 (@fullmoon.long) on

IU juga turut membuatkan pengikut IG berkenaan merasakan watak ‘Jang Man Wol’ itu benar-benar wujud di dunia nyata.

Bukan sahaja peminat, malah pelakon-pelakon Hotel De Luna juga cukup sporting memberikan komen pada sesetengah foto yang dimuat naik IU.

Antaranya pelakon utama drama tersebut iaitu Yeo Jin Goo yang meninggalkan respon seperti “Manager? Bagus tak?”.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut akaun berkenaan mengekspresikan rasa gembira dengan gandingan IU dan Jin Goo.

Jangan lupa saksikan drama Hotel De Luna yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran tvN (395) bermula 13 Ogos ini.

Hotel De Luna akan bersiaran setiap Selasa dan Jumaat pada jam 9.50 malam.


Terdahulu, Hotel Del Luna merupakan karya terbaru penulis genius Hong Sisters yang sememangnya terkenal dengan naskah hebat dan popular antaranya Sassy Girl Chun Hyang, Gumiho, You’re Beautiful dan Master’s Sun.

Sinopsis:

Hetel Del Luna mengisahkan tentang Ketua Pegawai Eksekutif hotel, Jang Man Wol (IU) yang pernah melakukan kesalahan besar pada masa lalu. Manakala Goo Chan Sung (Yeo Jin Goo) pula merupakan seorang pengurus di sebuah hotel elite.

Pertemuan antara Man Wold an Chan Sung menyebabkan wanita itu terkenang kembali dosa-dosa yang dilakukannya pada 1000 tahun lalu.

Menariknya, Hotel Del Luna merupaka hotel lama yang hanya dihuni oleh hantu dan disebabkan berlaku perkara yang tidak terduga, Chan Sung terpaksa bertugas sebagai manager di hotel berkenaan.