Pelakon Shima Anuar selamat menimang cahaya mata lelaki tengah hari semalam.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Shima berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.

"Alhamdulillah dah selamat semua. Thank you for all the wishes.

"Will update more later. Now this mommy need a rest.

"Thank you sayang. Love you @kopicair," tulisnya.

Walaubagaimanapun, wajah serta nama anaknya itu belum dikongsikan kepada umum.

Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha yang juga duda kepada dua orang cahaya mata pada 8 April 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.