Unik betul cara pelakon Azhan Rani rai bulan kemerdekaan! Azhan bakal menawan Everest Base Camp (EBC), Nepal bermula 31 Ogos hingga 16 September ini.

Azhan yang mengikuti misi Mengibarkan Bendera Malaysia itu memberitahu, eskpedisinya akan disertai seramai 27 orang.

Selain EBC, Azhan akan turut mendaki Gunung Kallapathar yang terletak berdekatan.

“Jika tiada aral melintang, impian yang selama ini dipendamkan bakal menjadi kenyataan. Sudah pastinya saya teruja kerana ini adalah pengalaman kali pertama yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Lebih manis lagi, apabila rombongan ini turut membawa bersama misi patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang terbesar pada ketinggian 5,364 meter dari paras laut,” katanya kepada Utusan Online.

Sementara itu di laman sosial Instagram Azhan berkongsi rasa teruja untuk memulakan ekspedisi bersama kumpulan Summit Attack Resources yang pernah membawa vokalis kumpulan rock lagenda, Amy Search menawan Annapurna Base Camp (ABC), Nepal, tidak lama dulu.

“Ni kalau tak sampai atas gak ni, malu kat orang kampung…Gambar dengan cerita dah poyo habis dah ni…Macam #wahhebatnyakamuyakinnyakamu sangat-sangat ni.

“Sebenarnya cabaran ke EBC ini adalah di antara kemahuan dan kemampuan aku juga, kemahuan itu dah melampau tinggi mengalahkan everest dah.

“Mohon doakan kelancaran perjalanan team kami nanti seramai 27 orang selamat pergi dan selamat balik, semoga misi ini dipermudahkan,” tulisnya merujuk kepada berita mengenai kepergiannya ke sana yang ditulis media.

ni kalau tak sampai atas gak ni malu kat orang kampung.. gambar dengan cerita dah poyo habis dah ni.. macam #wahhebatnyakamuyakinnyakamu sangat2 ni.. terima kasih bro @loe_summit_attack yang percaya diri aku lebih daripada diri aku sendiri.. sebenarnya cabaran ke EBC ni adalah di antara kemahuan dan kemampuan aku juga.. kemahuan tu dah melampau tinggi mengalahkan everest dah.. tang kemampuan tu entahlah... naik tangga batu cave pun lidah macam nak cecah tangga dah... mohon doakan kelancaran perjalanan team kami nanti seramai 27 orang selamat pergi dan selamat balik.. semoga misi ini dipermudahkan.. kalau nampak nanti gambar2 poyo aku kat atas sana maknanya sampai la kat atas tu.. kalau up gambar orang lain je maknanya aku tengah upload kat airport sana sambil tunggu team ni turun.. terima kasih @amirahamaly dari @utusanonline untuk perkongsian ini.. buat yang bercadang dan meminati aktiviti macam ni boleh follow @summit.attack.resources yang ada macam2 aktiviti pendakian dalam dan luar negara.. senang berurusan dengan mereka.. tak kelam kabut, happening, takde nak push2.. sentiasa positif, tau2 dah nak berangkat je.. team ini juga adalah team yang pernah bawa rockers lagenda malaysia #amysearch dulu menawan #ABC. .. atas doa dan semangat yang dibekalkan buat kami semoga Allah melimpahkan rahmat buat korang semua.. terima kasih malaysia ??❤️? بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم @summit.attack.resources #sar #summitattackresources #sarebctrainingchallenge #nepal #everestbasecamp #sartoebc #mmjoutdoorcamp

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on