Agaknya tahun 2019 ini memang tahun kontroversi lagi sensasi kepada selebiriti…Banyak betul kontroversi, termasuklah kes cerai-berai.

Tapi iyalah mungkin dah sampai di situ sahaja jodoh mereka-mereka itu kan? Mintak simpanglah kita semua daripada benda-benda tak berapa best ni…

Cuma benda yang Miss K nak ceritakan ini memang agak menyedihkan sebab kasihan kepada artis wanita ini yang khabarnya diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga.

Kawan Miss K baru-baru ini ke salah sebuah mahkamah Syariah di negeri Selangor, dan nak dijadikan cerita satu kamar pula dengan artis wanita ini.

Di hadapan hakim, artis wanita itu juga nampak pasrah dan redha mengenangkan nasib diri bakal bergelar janda sebaik sahaja anaknya dilahirkan beberapa bulan lagi.

Terkejut kawan Miss K apabila artis wanita tersebut beritahu kepada hakim yang dia sudah tawar hati dan tidak mahu lagi dengan suaminya.

Adakah kerana sudah tidak tahan dengan sikap suami yang mata keranjang? Aduhai, memang dah kurang ke bilangan suami setia zaman sekarang ni? Atau memang musim kecurangan sekarang ni?

Tapi…haaaa…ada tapi tau, si suami tidak mahu melepaskan isterinya itu. Atas alasan masih sayang dan cinta kepada isterinya. Talak itu pula katanya, tidak sengaja dilepaskan kerana gagal mengawal kemarahan akibat diprovoke.

Miss K ada juga tinjau-tinjau Instagram kedua-dua mereka ini, memang nampak fishy, tapi Miss K harap semuanya berakhir dengan baik.

Kalau boleh diteruskan, ketatkan semula ikatan yang hampir terlerai itu ya, tak maulah bercerai berai…Anak pula dah nak masuk tiga dah.

Miss K: Suka hidup single daripada bermadu.

*Psssttt…Kalau ada gossip atau cerita nak share dengan Miss K, e-mel di [email protected] ya!