Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam telah selamat melahirkan bayi lelaki pada malam Selasa.

Perkara itu dimaklumkan Nelissa menerusi Instastories akaun Instagramnya sebentar tadi.

"Baby K is here! Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam 31 Julai 2019," tulis Nelissa.

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.

Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?

BACA: "Ini Waktu Sukar Bagi Saya, Harap Boleh Settle Sesama Sendiri" - Isteri Ammar Alfian

BACA: Tayang Bukti Perbualan WhatsApp, Isteri Ammar Alfian Nafi Fitnah Suami Sendiri

BACA: "Saya Tahu Saya Salah" - Ammar Alfian Mengaku Curang


Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

BACA: "Tak Tinggal Serumah, Tapi Belum Bercerai" - Isteri Ammar Alfian Dedah Situasi Genting Perkahwinan

Baru-baru ini Ammar menerusi media sosialnya cuba memujuk kembali Nelissa namun wanita itu kembali membongkar sikap curang Ammar ketika berada di Barcelona, Sepanyol minggu lalu.

BACA: "Ditinggal Untuk Bercuti Semasa Saya Dimasukkan Ke Hospital .. Tertangkap Mesej Dengan Perempuan Lain .." - Isteri Ammar Alfian Tidak Ingin Berbaik

BACA: “Nak Hina, Hinalah... I’m Trying My Best To Fix My Marriage” - Ammar Alfian