Fast & Furious: Hobbs & Shaw boleh dianggap sebagai antara filem aksi paling ditunggu-tunggu tahun ini.

Selepas lapan filem dipertontonkan sejak 2001, kita akhirnya menyaksikan sisi berbeza atau ‘spin-off’ daripada francais Fast & Furious.

Ditambah pula gandingan dua hero ikonik The Rock (Dwayne Johnson) dan Jason Statham, penonton pastinya mengharapkan sesuatu yang berbeza.

Walaubagaimanapun ‘spin-off’ tidak bermakna elemen yang sering digunakan dalam filem Fast & Furious terdahulu tidak diterapkan dalam Hobbs & Shaw.

Malah ia antara kejutan yang bakal penonton saksikan.

Ini antara ulasan Gempak selepas menonton filem ini.

#1 Jalan Cerita Mudah Dan Tak Complicated!



Sedikit sipnosis tentang filem ini, ia berkisarkan tentang penghasilan satu virus baru yang mampu memusnahkan organ dalaman manusia dalam tempoh yang amat singkat.

Bagi menghalang virus itu jatuh ke tangan tidak sepatutnya, Luke Hobbs lakonan The Rock dan Deckard Shaw lakonan Jason Statham diarahkan untuk menghalang ancaman tersebut.

Walaubagaimanapun, usaha mereka tidaklah semudah itu kerana kedua-duanya terpaksa berdepan dengan ‘superhuman’ bernama Brixton, lakonan Idris Elba.

Lebih mencabar lagi, virus itu telah merebak ke dalam tubuh adik kepada Deckard Shaw iaitu Hattie Shaw, lakonan Vanessa Kirby.

Jalan ceritanya mudah dan tidak berbelit-belit, namun apa yang boleh dipuji adalah perlahihan cerita dari babak ke babak yang cepat berjaya membuatkan tayangan 2 jam 16 minit ini tidak terasa lama.

Sangat 'straight foward’ dan tidak meleret. Thumbs up!

#2 Gandingan The Rock & Jason Statham



Kita sudah mengenali watak Luke Hobbs (The Rock) dan Deckard Shaw (Jason Statham) menerusi filem terdahulu, tapi kita tidak pernah melihat gabungan mereka berdua dalam satu misi yang besar.

Pada awal filem, penonton akan ‘dihidangkan’ dengan babak yang menerangkan perbezaan kedua-dua watak utama ini.

Bagaimana mereka menjalani kehidupan harian mereka, gaya hidup dan tahap kemewahan semuanya dipaparkan dalam satu babak.

Bagi penulis, penerangan ini cukup bagus untuk mendidik minda penonton tentang jurang dunia kedua-dua watak.

Malah, ia juga penting sebelum membawa penonton dengan konflik, pergaduhan, pertengkaran serta adegen ‘lawan mulut’ yang tiada henti.

Senang cerita, ibarat anjing dan kucing!

#3 Elemen Komedi Tidak Berlebihan


Pergaduhan ‘adik beradik’ antara Hobbs dan Shaw memang sudah dijangka.

Pada awalnya penulis menjangkakan ia bakal menjadi satu gabungan yang menjengkelkan, namun tekaan itu ternyata meleset.

Perbezaan inilah menjadikan filem ini antara filem paling menghiburkan.

Lawaknya tidak berlebihan dan pergaduhan antara dua watak ini lebih kepada lawan mulut saja.

Tidak terkira rasanya jumlah perkataan mencarut dalam filem ini. Nasib baiklah ditapis!

#4 Kurang Aksi Kereta, Tapi Sesekali…


Disebabkan ia adalah filem ‘spin-off’ maka elemen kereta jelas dikurangkan. Namun ia tidak bermakna peminat filem permotoran akan kecewa dalam filem ini.

Disebabkan pengurangan elemen inilah, penonton mungkin sesekali akan ‘goosebumps’ apabila menonton aksi kejar mengejar dalam filem ini.

Aksi Shaw memandu kereta mewahnya untuk memboloskan diri hinggalah kemunculan motosikal ala ‘transformers’ milik Brixton.

Namun paling ‘goosembumps’ pastinya ketika di babak akhir! Pandai sungguh pengarah bermain elemen ‘throwback’.

#5 Munculnya 'Black Superman' Dan... Cameo!




Musuh Hobbs dan Shaw bukan penjenayah biasa sebaliknya watak Brixton dalam flem ini boleh dianggap sebagai 'Supervillain’.

Dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai 'Black Superman'.

Aksi dan super power ditonjolkan tidak berlebihan, namun berjaya memberi gambaran yang dia bukanlah musuh yang senang ditumpaskan. Agak menarik dan 'Super Hightech'!

Dalam pada itu, filem ini tidak hanya bergantung kepada empat watak utama semata-mata sebaliknya anda mungkin akan teruja jika mengetahui siapakah watak cameo dimaksudkan.

Tidak hanya sekadar tempelan, namun watak-watak ini memain peranan cukup penting dalam misi Hobbs dan Shaw.


Bonus: Terdapat satu babak Shaw memberitahu Hobbs dan adiknya tentang misi di Itali menggunakan Mini Cooper. Kedengaran familiar?

Apa Yang Tak Bestnya?

Secara keseluruhan filem ini telah berjaya mengheret penonton daripada ‘dunia’ Fast & Furious buat seketika.

Jalan cerita mudah, aksi hebat bertubi-tubi, jenaka yang tidak keterlaluan selain turut menampilkan elemen Fast & Furious, cukup menjadikan filem ini hampir sempurna.

Namun, adakalanya aksi yang ditampilkan kelihatan begitu berlebih-lebihan dan tak tercapai dek akal.

Kebanyakkan aksi ini lebih kepada babak ditampilkan The Rock hingga adakalanya membuatkan penulis keliru sama ada dia adalah ‘superhuman’ atau hanya manusia biasa.

Apapun filem ini antara karya yang bagus dan harus ditonton bagi mereka yang ‘dahagakan’ filem aksi.

Penulis beri 4/5 untuk Fast & Furious: Hobbs & Shaw!

Ps. Ada dua babak post kredit dalam filem ini, jadi jangan terburu-buru keluar wayang!