Tak cukup oksigen rasanya selepas menonton trailer FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW.

Melihat trailer awal saja, kita dapat rasa yang filem ini menjanjikan aksi pertarungan yang mendebarkan.

Ditambah pula gandingan dua hero ikonik The Rock dan Jason Statham kan!

Jadi, tidak hairanlah filem ‘spin-off’ FAST & FURIOUS ini antara yang dinanti-nantikan peminat seluruh dunia, termasuklah Malaysia sendiri.

Namun, dalam kita menantikan tayangan rasmi filem berkenaan, apa sebenarnya yang bakal ‘dihidangkan’ kepada penonton? Adakah filem ini menjanjikan kelainan? Bagaimanapula keserasian pelakonnya?

Kami senaraikan perkara menarik anda perlu tahu sebelum menonton FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW.

#1 Gandingan Pertama The Rock & Jason Statham...Bromance Atau Sebaliknya?



Yes, mesti ramai argue perkara ini sebab kedua-dua mereka berdua telah lama bergandingan menerusi filem francais FAST & FURIOUS terdahulu.

The Rock sebagai Luke Hobs manakala Jason Statham sebagai Deckard Shaw.

Namun, bayangkan dua ‘bad ass’ ini digandingkan sebagai watak utama?
Gabungan mereka ini pastinya dinantikan oleh penggemar filem aksi!

Keterujaan itu tidak terhenti di situ kerana seperti yang kita tahu hubungan mereka dalam filem terdahulu tidaklah begitu mesra. Senang cerita, ibarat anjing dengan kucing!

Anda boleh lihat perbezaan perangai mereka menerusi babak awal pada trailer filem FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW ini.

Jadi bagaimana mereka bergabung dalam filem ini? Teruja bukan?


Jadi bagaimana mereka bergabung dalam filem ini? Teruja bukan?

#2 Aksi Yang Lebih…. Kompleks?



Bagi yang menonton trailer filem ini, anda pasti tahu apa yang cuba kami maksudkan.

Aksi demi aksi dipaparkan hingga membuatkan penonton tidak senang duduk.

Antara yang boleh buat adrenaline mencanak naik termasuklah babak The Rock melompat keluar daripada bangunan tinggi dan Jason Statham dilepaskan keluar dari jet pejuang.

Namun babak paling epik sudah tentu apabila dua truck cuba diterbangkan oleh helikopter. Mind blown guys!

Perlu diingatkan ini hanya sedutan babak pada trailer, bayangkan jika menyaksikan karya penuh filem ini.

#3 Bukan Lagi Musuh Biasa, Tapi...Superhuman Villain




Tidak cukup dengan penampilan The Rock dan Jason Statham, filem ini turut menampilkan ‘sexiest man alive’ 2018, Idris Elba.

Gelaran oleh Majalah People itu menguatkan lagi aura Idris Elba memegang watak Brixton sebagai ‘Supervillain’ dalam filem ini.

Tapi mengapa kami menggelar Brixton sebagai ‘Supervillain’?

Yes guys, musuh Hobbs dan Shaw bukan penjenayah biasa kerana Brixton mempunyai kuasa ‘Superhuman’.

Menerusi trailer dikeluarkan di YouTube, kekuatan Brixton melangkaui tenaga manusia normal.

#4 The Rock Bawa Family?



Jika ada yang perasa, terdapat babak The Rock melakukan tarian ‘Siva Tau’ iaitu Haka versi Samoan.

Namun, apa yang lebih menarik adalah kemunculan sepupu The Rock sendiri iaitu Roman Reigns.

Pada yang tidak kenal, Roman juga sebenarnya merupakan ahli gusti terkenal yang kini menyambung legasi The Rock.

Kemunculan Roman juga turut diumumkan oleh The Rock menerusi Instagramnya baru-baru ini.

The brothers’ roar. A lil’ HOBBS & SHAW exclusive. Good times droppin’ sweat and spillin’ blood with my family, @RomanReigns who’ll be playing my brother in our FAST & FURIOUS UNIVERSE. I’m very proud of his focus, effort and authentic performance in our movie for his very first time on film. I’m also very grateful to spend this quality time with my cousin here in the islands as he takes life one day at a time to recover from leukemia. His perseverance and humility battling this challenge has inspired our entire family as well as millions around the world in our beloved @WWE Universe. Can’t wait to see the “Big Dog” return back to the ring - his positive & focused mindset to return is straight up next level. Til’ then, this sacred Samoan ?? ground you stand on is nourished with our ancestors blood. Today, we nourish it with yours. #WelcomeRomanReigns #Brothers #HobbsAndShaw THIS SUMMER ??? @hhgarcia41 ?

A post shared by therock (@therock) on



Difahamkan Roman membawa watak adik kepada The Rock dalam filem ini. Sejauh mana hebatnya gandingan mereka ini, kita sama-sama saksikan.

#5 Soundtrack Oleh Jay-Z



Tidak lengkaplah kalau filem blockbuster sebegini tiada runut bunyi atau sountrack hebat.

Untuk pengetahuan anda, Jay-Z telah pun dipilih sebagai penyanyi bagi filem ini.

Lagu Interlude ini sekali gus menambah mood lebih cool untuk filem aksi ini.

Anda boleh saksikan gabungan lagu ini dalam trailer rasmi FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW di bawah

Jangan Lupa Saksikan 1 Ogos Ini!

Sedikit sipnosis tentang filem ini, FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW mengisahkan Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dan Deckard Shaw (Jason Statham) berganding bahu untuk menghalang ancaman baru yang menghasilkan tentera super Brixton (Idris Elba) yang ditingkatkan secara genetik.

Bagaimana untuk menewaskan Brixton? Anda haruslah tonton filem ini yang akan ditayangkan bermula 1 Ogos ini.

Filem ini diarahkan oleh David Leitch.