Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab, hari ini.
Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu, lapor Astro Awani.
Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana.
"Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” katanya, hari ini.
Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.
Sijil perceraian itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.
Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Sat Jul 20 2019
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.