Selebriti media sosial dan adik kepada Neelofa, Ameera Khan dikhabarkan telah menutup akaun Instagram miliknya.

Menerusi akaun Twitter kakaknya, Athisha Khan menjawab satu pertanyaan netizen apabila mereka sudah lama tidak melihat kemas kini terbaru daripada adiknya itu.

“Erm, sorry for asking Athisha but why I didn't see Ameera in Instagram for quite a while now? I searched for her but none,” tanya seorang netizen.

Menurut Athisha, Ameera kini sedang berehat daripada media sosial.

“Ameera is taking a social media break! Nothing is wrong but things can get a little too much when everything you have is online.

“But don’t worry, Ameera is more than okay!” tulisnya lagi.

Menurut Athisha lagi, adiknya itu akan segera kembali tak lama lagi.

Malah, menjengah ke ruangan Instagram produk kosmetik milik Ameera, LMK Cosmetics, kali terakhir mereka memuat naik foto adalah pada 3 April yang lalu.

Terdahulu, Ameera atau lebih mesra dipanggil Little Miss Khan, 18, berjaya mengumpul hampir satu juta pengikut di laman Instagram.

Ameera merupakan antara personaliti yang menyerlah dalam keluarga, di samping kakaknya, Noor Nabila dan Neelofa.

Menjadikan Neelofa sebagai inspirasi, kali terakhir Ameera membuat kemunculan besar adalah ketika menjadi Face of Summeraya 2019, hasil kolaborasi bersama pereka fesyen Rico Rinaldi.