Tindakan licik ratu selfie, Kim Kardashian untuk kelihatan cantik dan menawan di laman media sosial tidak berhasil selepas foto terbarunya mendapat teguran oleh pengikut dan peminatnya.

Kim Kardashian secara tidak sengaja telah memuat naik foto original di Facebook sehingga peminat berjaya menemui perbezaan ketara melalui foto yang sama di laman Twitter dan Instagram.

Menerusi foto tersebut, dia yang sedang mencium suaminya telah mengubah bahagian dagu, tulang rahang dan rambutnya yang kusut untuk kelihatan lebih cantik menawan.

Walau bagaimanapun tindakannya itu berjaya dihidu peminat sehingga menjadi bahan jenaka. Menyedari foto tersebut menerima pelbagai reaksi negatif oleh umum, Kim Kardashian dengan segera memadam foto tersebut di Facebook.

Tahun lalu Kim Kardashian menjadi bahan jenaka umum apabila foto dia sedang mencuba pakaian barunya menerima kritikan kerana cuba menyorokkan bahagian perutnya dengan suntingan yang keterlaluan.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Mirror UK, Huffington Post