Penyanyi lagu Mana Mungkin, Black Hanifah takut untuk memparodikan lagu dalam program #JuaraParodi.

Merasakan perkara tersebut sebagai cabang baru dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi, Black bergandingan dengan pelawak Achey dalam program tersebut.

"Pada awalnya saya agak takut untuk memparodikan sesebuah lagu. Gusar jika ada yang salah atau perkara-perkara kurang enak yang lain.

"Namun begitu, saya anggap ianya sebagai perkara baru dalam profesion nyanyian dan saya mahu mencuba perkara ini," kata Black memulakan bicara.

Memilih nama Black Dot Chey untuk kumpulan mereka, Black dan Achey mendapat pujian daripada barisan juri selepas mereka memparodikan lagu Untukmu Ibu nyanyian asal kumpulan Exist.

"Kami tak sangka akan dapat komen yang memberangsangkan pada persembahan minggu pertama ini. Tetapi ini baru sahaja minggu pengenalan, banyak lagi yang bakal ditempuhi jadi kami akan berusaha sehabis baik," kata Black lagi.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki akan bertindak selaku juri tetap.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Royal Theater, Shah Alam pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari
www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal