Pelakon Fathia Latiff menjawab persoalan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menuduhnya gila.

Menerusi temu bual HLive, pelakon yang popular dengan drama bersiri Ariana Rose ini mengakui selesa dengan keadaan dirinya sekarang.

"Bagi saya, apa yang orang nampak berbeza dengan apa yang saya rasakan. Jadi, apa yang saya rasa sekarang, saya sangat selesa dengan diri saya.

"Saya selesa dengan rambut saya, dengan pemakaian saya... Saya rasa mereka yang 'gila' sekarang," seloroh Fathia.

Mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Fathia mahu memandang ke hadapan dan meneruskan karier muziknya.

"Saya baik-baik sahaja... Saya masih di sini. Sebagai selebriti, saya kena buat apa yang patut saya buat. Saya masih di sini, meneruskan muzik saya.

"Tak kisah orang cakap apa pasal saya, tak kisah bagaimana orang melihat saya, asalkan saya tahu apa yang saya mahukan, saya akan teruskan. Kena teruskan dengan kehidupan dan mengejar cita-cita," katanya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).