Anggota Running Man, HaHa selamat menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya, penyanyi Byul selamat bersalin semalam.

Berita gembira itu diumumkan oleh agensi HaHa dan Byul, QUAN Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi.

“Byul telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka, seorang bayi perempuan. Byul berada dalam keadaan yang baik manakala bayinya juga sihat,” kata wakil agensinya.

Dimaklumkan juga HaHa berada disisi isteri kesayangannya sepanjang proses bersalin.

Terdahulu, Haha dan Byul telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Dream pada tahun 2013 dan So Wool pada tahun 2017.

Sumber: Soompi