Video persembahan pembukaan oleh pelakon Faizal Hussein dan penyanyi Tomok pada konsert minggu pertama Gegar Vaganza 2 (GV2) mencatat hampir 700,000 tontonan di laman YouTube.
Pada konsert tersebut yang merupakan minggu pengenalan GV2, buat pertama kalinya menampilkan Faizal Hussein muncul di pentas sebagai penyanyi.
Faizal yang diundang sebagai juri jemputan pada malam tersebut telah menyanyikan lagu popular kumpulan Headwind berjudul ‘Hanya Di Radio’.
Kemunculan Faizal yang terkenal dengan watak Azroy di dalam filem Gila-Gila Remaja itu telah menggegarkan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan jeritan para penonton kerana tidak menyangka pelakon itu boleh menyanyi dengan baik.
Menariknya, video persembahan itu telah mencatat 694,856 tontonan di YouTube dan 43,727 di Astro Gempak.
Sementara itu Tomok pula telah diberi tugasan untuk menyanyikan 12 lagu ‘pengenalan’ peserta GV2.
Dua belas peserta GV2 ialah Amir Ukays, Acong Sweetchild, Ezad Lazim, Nizam Laksamana, Nassier Wahab, Zul Handy Black, Haiza, Sheeda, Farahdhiya, Azian Mazwan Sapuan, Ezlynn dan Siti Nordiana.
Bagaimanapun tinggal 9 peserta lagi bakal meneruskan perjuangan mereka di konsert minggu kelima GV2 pada Ahad ini selepas Zul Handy Black, Ezlynn dan Sheeda tersingkir pada minggu ketiga dan keempat baru-baru ini.
GV2 telah mula bersiaran sejak 18 Oktober dan disiarkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).
Video persembahan artis juga boleh dtonton secara online di www.astrogempak.com.my/gegarvaganza.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Ahmad Shah
Thu Nov 12 2015
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum