Minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang bertemakan ‘hutan’ menyaksikan hanya 11 kumpulan berjaya ke minggu keempat, Jumaat depan.

Minggu ini menyaksikan kumpulan Heart menduduki tempat pertama dengan peratusan markah sebanyak 46.75%.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan Kitawa yang dianggotai oleh Tapai Gegar Lawak, Ilham Abata dan Nadzmi Adhwa apabila diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 11.77%.

Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian.

Di sini Gempak senaraikan markah penuh yang diperolehi oleh 12 bintang mengikut susunan paling tinggi.

1. Heart: 46.75%

2. Botak: 44.78%

3. JBorn: 41.69%

4. Voices: 41.57%

5. Kroni: 41.54%

6. Newboh: 38.32%

7. Tamanz: 37.73.%

8. Libra: 33.89%

9. Uni: 32.79%

10: Wasap: 31.38%

11: Titans: 25.46%

12: Kitawa: 11.77%

Sementara itu, Heart yang dianggotai oleh Ezad Lazim, Danial Zaini dan Azmi Caliph Buskers dipilih sebagai penerima Superstar of The Week.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.