Single terbaru nyanyian Aman Ra yang berjudul Fighter dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) bagi filem Sangkar terbitan Astro Shaw.
Perkara itu diumumkan oleh pihak Astro Shaw menerusi akaun rasmi Instagram mereka buat tatapan umum.

"Nantikan lagu OST untuk filem SANGKAR nyanyian daripada Aman RA bertajuk "FIGHTER" tidak lama lagi," tulis di ruangan kapsyen.


Filem Sangkar dibintangi oleh barisan pelakon popular tanah air, antaranya Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah selaku teraju utama.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem aksi yang mengetengahkan mesej keagamaan ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara mulai 29 Ogos 2019.