Selepas terlafaznya talak satu antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim, peminat mula berteka-teki tentang hala tuju perniagaan yang dijalankan sejak berkahwin misalnya Fizomawar Kitchen.

BAca: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu

Menjawab persoalan itu kepada rancangan bual bicara Mingguan Wanita, kata Mawar nama dan hala tuju selanjutnya bisnes mereka itu masih belum diputuskan.

"Buat sementara ini kami belum putuskan untuk mengubah nama itu. Sehingga kini kami berkawan atas dasar rakan kongsi kepada perniagaan itu.

"Jika ada perubahan nama pun mungkin akan jadi Fizomaryam sebab pangkal M nama itu masih ada dan akan dikekalkan," kata Mawar ketika dihubungi.

Selepas bercerai, siapa berhak ke atas Maryam? Ini penjelasan... Ikuti kupasan isu-isu berkaitan wanita dan kekeluargaan dalam Mingguan Wanita, Setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 pagi hingga 12 tengahari di Astro Prima saluran 105 & Prima HD saluran 121. #MingguanWanitaTV #MingguanWanita #AstroPrima105 #PrimaHD121 #TemanSetiapWanita

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita) on


Fizomawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah ikonik negeri Cik Siti Wan Kembang.

Restoran itu beroperasi di Bandar Baru Bangi dan beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Fizomawar Kitchen turut membuka cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 2 tahun.

BACA: [VIDEO] Fizo Masih Sayang Tapi Mawar 'No Comment'!

Pasangan itu memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada Rabu lalu.