Pelakon Fizo Omar akui episod perceraiannya dengan Mawar Karim adalah satu permulaan dan bukannya pengakhiran dalam hidupnya.

Menurut Fizo, ia permulaan fasa baru dalam hidupnya untuk membesarkan satu-satunya anak mereka Wan Maryam sebagai ibu bapa yang bukan lagi suami isteri.

Tambah Fizo lagi, punca perceraian mereka bukan kerana berlaku perbalahan sebaliknya dia akui datang dari kelemahan diri masing-masing.



Fizo berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya selepas menceraikan Mawar dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada pagi Rabu.

BACA: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu
BACA: “Saya Korbankan Kasih Sayang Saya Demi Kebahagiaan Fizo Sekeluarga” - Mawar Karim

Kemas kini itu mendapat pembagai reaksi daripada netizen termasuk yang mendoakan agar mereka kembali bersatu.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN. . Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. . Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya. . Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat. . Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. . Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on