Hari ini mungkin antara hari yang paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana tarikh inilah lahirnya Perdana Menteri kesayangan kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir atau lebih mesra dikenali sebagai Tun M menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94.

Tidak ketinggalan, Tun Dr Siti Hasmah juga bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93 pada tanggal 12 Julai ini.

Bersempena dengan hari istimewa ini, Gempak telah pun menghasilkan video remake khas lagu popular berjudul Standing In The Eyes of The World sebagai penghargaan buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah.

Tambah istimewa, lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.

Namun siapa sangka, video terbabit telah mendapat perhatian empunya badan apabila kedua-dua mereka sudi meluangkan masa menonton video khas itu.
Senyuman jelas terpancar dari wajah kedua-dua pasangan hebat ini.

Anda boleh lihatnya di bawah, sweet!

Terharunya kami bila Tun @chedetofficial dan Tun Siti sendiri sudi meluangkan masa menonton video muzik ‘Standing in the Eyes of the World 2019’ yang diterbitkan khas buat mereka berdua. Senyuman mereka cukup bermakna buat kami. Full video muzik TUNs, klik link in di bio okay ! Happy birthday TUNs! #CoupleGoals #StandingInTheEyesOfTheWorld

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on



Dalam pada itu, video remake berkenaan turut dikongsi di Facebook rasmi Tun Mahathir sebentar tadi.

"Terima kasih ASTRO, Ella, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda," katanya menerusi posting di Facebook berkenaan.




Pada yang masih belum menonton, muzik video itu turut menampilkan momen-momen manis dan gelagat comel Tun M bersama isterinya yang pasti membuatkan anda tersenyum.

Apapun Gempak ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah!