Lagu terbaharu penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kasihku Selamanya menduduki tangga pertama platform penstriman muzik, iTunes (Malaysia) sejak dilancarkan tengah malam tadi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti melahirkan rasa syukur atas sambutan yang diberikan peminatnya terhadap lagu Kasihku Selamanya.

"Bermula tengah malam tadi, single OST terbaru saya, Kasihku Selamanya sudah pun boleh dilanggani di semua pelantar digital.

"Alhamdulillah, sejak malam tadi juga, lagu ini berada di carta pertama itunes. Terima kasih kepada semua peminat saya yang telah melanggani lagu ini.

"Semoga anda semua menyukai lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad ini," tulisnya.

{BACA:"Saya Rasa Macam Sesuatu, Terasa Dia Punya Seram..." - Datuk Seri Siti Nurhaliza}

Lagu Kasihku Selamanya ini juga berjaya mengatasi kedudukan lagu Señorita dendangan Shawn Mendes & Camila Cabello yang berada di tangga kedua.

Kasihku Selamanya ini merupakan runut bunyi (OST) filem Dendam Pontianak lakonan Nur Fazura dan Remy Ishak.

Bermula tengah malam tadi, single OST terbaru saya, Kasihku Selamanya sudah pun boleh dilanggani di semua pelantar digital. . Alhamdulillah, sejak malam tadi juga, lagu ini berada di carta pertama itunes. Terima kasih kepada semua peminat saya yang telah melanggani lagu ini. . Semoga anda semua menyukai lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad ini. @aubrey_suwito @crankymusic . . #kasihkuselamanya #OST @dendam_pontianak #DendamPontianak #RevengeOfThePontianak #notyourordinarylovesong #bukanlagucintabiasa

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on