Selepas membuat 'comeback' dengan lagu Anta Permana, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil sekali lagi dengan lagu terbaru bertajuk Kekasihku Selamanya.

Lagu ini menjadi runut bunyi utama bagi filem Dendam Pontianak yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menceritakan kisah disebalik lagu berkenaan, Siti menjelaskan rakaman lagu itu telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu.

Menurutnya, lagu terbabit dilihat mempunyai aura dan sisi seram yang tersendiri.

"Lagu ni saya rekod sebelum bulan puasa lagi. Pertama kali saya dengar pun dah rasa macam sesuatu juga, terasa dia punya 'hantu'.

"Dengar bahagian 'verse' saja dah terasa seram ditambah pula dengan petikan piano memang bertambahlah mood tu," katanya.

Jelas Siti, bagi rakaman lagu berkenaan, dia banyak menumpukan kepada 'feel' dan emosi bagi membangkitkan mood yang diperlukan.

"Saya cuma perlu mendalami emosi lirik lagu ini yang seperti menampakkan saya merayu, sedih dan berdendam pun ada," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Universal Music, baru-baru ini.

Ditanya pula sama ada lagu Kekasihku Selamanya mampu memberi impak seperti mana runut bunyi filem seram sebelum ini, Siti berpendapat pendengar harus mendengar dan pada masa menonton filem Dendam Pontianak.

"Ini kali pertama saya menyanyikan lagu untuk filem seram. Saya saya lagu ini kita kena dengar seiring dengan filem itu sendiri.

"Bila lagu ini dah keluar, meresap ke jiwa pendengar dan kemudian mereka tonton pula filem ia akan jadi bertambah berhantu. Harapnya begitulah," katanya.

Gandingan terbaru saya bersama sifu @aubrey_suwito dan penulis lirik Ad Samad untuk OST filem Dendam Pontianak. . Esok, 5 Julai, lagu ini sudah boleh pre order di itunes. Sebelum filem ditayangkan di pawagam, kita dengar dulu lagu ini, nanti bila menonton filemnya, anda sudah pun hafal lagu ini. . 10 Julai di seluruh pelantar digital, esok pre order di itunes. . @crankymusic #kasihkuselamanya #OST @dendam_pontianak #DendamPontianak #RevengeOfThePontianak #notyourordinarylovesong #bukanlagucintabiasa

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Untuk makluman, filem Dendam Pontianak dibintangi pelakon hebat termasuklah Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid dan ramai lagi.

Filem ini akan ditayangkan pada 29 Ogos 2019.