Penyampai radio dan pelawak Issey memaklumkan ibunya, Asiah Haron dijangka akan menjalani pembedahan hari ini pada pukul 10 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan.

Menurut Issey pembedahan untuk memasukkan besi ke bahagian antara tulang paha ke pinggul akan memakan masa selama satu jam setengah.

"Keadaan ibu saya okey cuma berasa tidak selesa kerana tidak mampu untuk bergerak langsung.

"Biasalah orang tua yang sudah ada masalah kesihatan sebelum ini.

"Pembedahan akan dijalankan pada pukul 10 pagi yang akan memakan masa selama satu jam setengah.

"Ibu akan mengambil masa dalam seminggu untuk kembali pulih sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata dia sedikit terganggu semasa persiapan program Muzikal Lawak Superstar (MLS).

"Sejujurnya pada minggu kedua MLS Issey agak terganggu dengan keadaan ibu tetapi semuanya dapat diatasi dengan senyuman dan berjaya dilakukan sebaik mungkin.

"Persaingan dalam program MLS kesemuanya hebat-hebat belaka," katanya lagi.

Terdahulu, Issey mendedahkan terpaksa bergegas pulang ke Kota Bahru, Kelantan bagi melihat keadaan ibunya yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah menerusi Instagram (IG) miliknya pada Sabtu lalu.

Dalam Muzikal Lawak Superstar, Issey bergandingan bersama Amar dan pelakon Ain Edruce.

MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.