Hubungan baik dan rapat pelakon Emma Maembong dengan Kamal Adli bukan rahsia lagi, malah masing-masing telah mengakui mereka kini rapat dan sedang bersahabat baik.

Namun, ramai mungkin tidak tahu sejauh mana keakraban mereka? Atau hubungan mereka sebenarnya sekadar ‘teman tapi mesra’?

Ingin melihat sendiri realiti hubungan mereka? Menerusi program realiti digital bersiri The House episod 4 akan datang, penonton boleh lihat dan nilai sendiri hubungan pasangan ini apabila Kamal Adli buat kemunculan khas.

Kamal Adli telah muncul buat kejutan berjumpa dengan Emma Maembong bersama 2 adik beradiknya yang lain iaitu Chacha dan Yaya ketika mereka berada di pusat membeli belah Times Square, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kehadiran Kamal Adli ke dalam episod tersebut bertujuan untuk memenuhi tugasan yang perlu dilakukan bersama dengan tiga beradik itu. Menariknya penonton boleh lihat sendiri Emma Maembong tersipu-sipu malu apabila Kamal Adli muncul di depan matanya.

Hendak tahu bagaimana aksi Emma Maembong dan Kamal Adli bersama adik beradik yang lain ketika bermain permainan tersebut? Saksikan The House episod 4 akan datang.

The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.

Teks oleh Syafiqah Jalal