Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak ketiganya sebentar tadi ditemani suami, Shuib Sepahtu di sebuah hospital swasta.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Shuib Sepahtu yang telah memuat naik sekeping foto bersama cahaya matanya yang ketiga menerusi laman Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah Ya Allah tepat pukul 12.27pm hari Jumaat 20 Nov 2015 lahirnya putera ke-3 kami dgn berat 3.1kg. Syukur ke hadrat mu Ya Allah. Terima kasih pd semua yg mendoakan kami sekeluarga. Alhamdulillah #persuibofhappyness#babybaru #Alhamdulillah #syukur,” jelas Shuib menerusi foto tersebut.

Sehingga kini foto tersebut telah mendapat hampir 900 ‘Likes’ selain dihujani dengan ucapan tahniah dan doa oleh para pengikut dan peminat Shuih Sepahtu.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Bin Muhamad mendirikan rumahtangga dengan Sarah Raisuddin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra.

Teks Oleh: Khalid Rahman

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu