Dua orang adik perempuan bintang realiti, Kim Kardashian, Kendall ,20, dan Kylie Jenner,18, menerima nasib malang apabila diserang dengan beberapa biji telur oleh seorang wanita tidak dikenali sewaktu berada di Sydney, Australia.

Kejadian berlaku sewaktu Kendall dan Kylie berada di sebuah pusat membeli belah untuk mempromosikan rekaan baju terbaru mereka. Sewaktu dikerumuni oleh peminat mereka, muncul seorang wanita membaling telur dari tingkat atas.

“Kamu berdua wanita paling jalang yang pernah aku jumpa!,” jerit suspek yang tidak dikenali.

Dalam pada itu, menurut laporan rasmi yang dikeluarkan pihak polis menjelaskan wanita tersebut telah ditahan dan bakal didakwa tidak lama lagi.

“Kejadian berlaku di Parramatta jam 4.30 petang, seorang wanita berusia 25 tahun yang berasal dari Punchbowl telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Parramatta atas kesalahan mengancam keselamatan awam.

“Pihak polis cuba menahan wanita tersebut namun dia cuba melawan. Dia bakal didakwa atas tuduhan cuba menyerang orang awam dan pihak polis.

Nasib menyebelahi Kylie dan Kendall kerana cubaan wanita tersebut untuk menyerang mereka berdua gagal selain tindakan pantas pihak polis menahan wanita tersebut.

Kylie dan Kendall kini dalam rangka jelajah mereka untuk mempromosikan jenama pakaian terbaru mereka, Koleksi Kendall + Kylie di Forever New.

Suspek bakal menjalani sebutan kes mahkamah pada 14 Disember ini.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: US Magazine