Pelakon Fouziah Gous meminta supaya peminat mendoakan kesejahteraannya sebelum bertarung melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.

Dengan menggunakan hashtag #Zhafoujr, Fouziah telah memuatnaik sekeping foto beserta kapsyen yang menunjukkan aktres itu tidak sabar untuk ‘bertemu’ anak sulungnya.

“Assalamualaikum , This will my last day leaving the house carrying #zhafoujr in my tummy #zhafoujr will see the world later.

“Di sini, saya ingin memohan maaf kepada semua sekiranya ada salah dan kekhilafan saya, sama ada sengaja atau tidak sengaja...terima lah kekurangan saya sebagai manusia biasa.

“Doakan saya, semoga perjalanan melahirkan anak di permudahkan, serta anak saya sihat dan sempurna.

“Semoga Allah swt merahmati kita semua... @zhafyusof #zhafoujr @zhafoujr #24112015.
” tulisnya.

Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof berkahwin pada 21 September 2013 selepas mengikat tali pertunangan pada 1 Jun 2013.

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram Fouziah Gous dan suami.