Sudah menjadi kebiasaan si bongsu dibuli oleh saudara yang lebih tua dalam keluarga, tetapi dalam adik-beradik Maembong sebaliknya pula yang berlaku.

Dalam program realiti The House kali ini, Chacha dilihat sangat gembira dapat membuli dua orang kakaknya Emma dan Yaya.

Semuanya bermula selepas Chacha memenangi salah satu 'task' yang diberikan oleh produksi The House dalam episod ke-5.

Sebagai ganjaran, Chacha diberi peluang untuk menjadi puteri raja sementara Emma dan Yaya pula bertindak seperti dayang istana yang terpaksa memenuhi semua kehendaknya.

Bukan main seronok lagi melihat gelagat Chacha. Mana tidaknya, dia boleh minta apa sahaja daripada kedua-dua kakaknya.

Agak pelik apabila Emma dan Yaya tidak membantah tetapi menurut sahaja kehendak adik kesayangan mereka itu.

Ingin melihat gelagat mereka adik-beradik? Saksikan The House yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.