Minggu lalu Marvel Studio membuat kejutan apabila mengumumkan tayangan semula filem Avengers: Endgame dengan penambahan 'post end credit'.

Berita itu disambut baik kebanyakkan peminat yang rata-ratanya menantikan kesinambungan filem di bawah Marvel Cinematic Universe (MCU).

Walau bagaimanapun belum sempat ramai yang datang ke panggung untuk menonton, video 'post end credit' telah pun tertiris di YouTube.

Video berdurasi 3.18 saat itu memaparkan dua 'end credit' secara keseluruhannya.

Untuk pengetahuan anda, tayangan semula filem ini merupakan stratergi Marvel untuk menambah jumlah kutipan tayangan ‘Endgame’.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden Marvel Studio, Kevin Feige.

Walaupun filem ini berjaya membuat kutipan USD1.2 bilion pada minggu pertama tayangan, saingan daripada filem-filem hebat lain seperti ‘John Wick 3’ menyebabkan Endgame masih tidak dapat menandingi filem ‘Avatar’.

Bagi anda yang mahu menyaksikan semula filem Avengers: Endgame bolehlah ke pawagam berdekat sekarang.