Pelakon baru, Shah Hazvee bakal menceburi bidang perniagaan dengan membuka pub yang tidak menghidangkan sebarang minuman bercampur alkohol.

Menurut Shah, keseluruhan dekorasi dan barangan dalam pub miliknya itu akan kelihatan seperti pub lain yang pernah dilihat, namun dia mengetengahkan konsep halal.

"Saya mahu buka pub halal kerana mahu menarik golongan muda yang selalu melepak di pub lain yang menghidangkan minuman beralkohol," Shah.

Shah yang dikenali menerusi drama bersiri Monalisa ini ditemui di rumah terbuka anjurannya yang bertempat di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Jumaat

Tambah Shah, ramai anak muda berkunjung ke pub untuk hanya merasai suasana di tempat terbabit.

"Saya sendiri telah pergi ke pub lain untuk mengkaji, sebenarnya, kebanyakan golongan muda yang pergi kesana hanya mahu lepak dan menikmati 'vibes' di tempat itu.

"Jadi, dengan membuka pub halal ini, saya masih mengekalkan 'vibes' sebuah pub, namun tiada minuman beralkohol dihidangkan, sedikit sebanyak ia dapat mengelakkan golongan muda dari meminum arak," katanya kepada Gempak.

Sedikit info mengenai Shah, pelakon berusia 23 tahun ini sudah berkecimpung dalam industri hiburan selama empat tahun dan bakal muncul dalam sebuah filem terbaru tidak lama lagi.