Selepas beberapa minggu 'dihidangkan' dengan teaser trailer, Animonsta Studios akhirnya mengeluarkan video trailer penuh bagi filem animasi hebat terbaru mereka BoBoiBoy Movie 2.

Video berdurasi 2.51 minit itu dimuat naik di YouTube kira-kira jam 5 petang semalam.

Walaubagaimanapun tidak sampai 24 jam dilancarkan, ia telah pun berjaya menerima sehingga 647,246 tontonan.

Tidak cukup dengan itu video terbabit turut berada di kedudukan ke-16 video paling trending di YouTube! Hebat bukan?

Menerusi trailer terbabit, kita akhirnya menyaksikan niat sebenar watak jahat Retak’ka yang ingin menguatkan kuasa elemental dengan cara menyerang pelbagai planet.

Seperti biasa, telah menjadi tanggungjawab BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk menghalang niat jahat berkenaan.

Rata-rata netizen memuji kualiti yang dipamerkan pada trailer berkenaan, malah ada yang menyifatkannya sehebat Avengers.

Hebat bukan? Pada anda yang belum lihat lagi trailer penuh ini, boleh saksikannya di bawah.

BoBoiBoy Movie 2 akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2019 dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.

Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

BACA: Cipta Sejarah! “BoBoiBoy Movie 2” Jadi Filem Animasi Pertama Ditayangkan Serentak Di 5 Negara