Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman selamat melahirkan bayi kembar di Darul Ehsan Medical Center (DEMC) petang tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pelawak Jihan Muse yang telah memuat naik foto perbualan bersama ibu Syeera di aplikasi Whatsapp menerusi akaun Instagramnya.

Malah, Jihan sendiri mengakui dia tidak sabar untuk bertemu dengan cahaya mata pertama pasangan tersebut.

“Alhamdulillah selamat dah adik kak sayang Syukur Ya Allah ... Seronokla daddy @fadbocey malamni nyanyi senyum kambing la kat juara parodi . Dik, besaq sangat dah adik kak dari sekolah sampai da masuk U sampai bercinta frust kahwin sampai pregnant tup2 deliver sekali kembaq anak adik.

“Cepatnya masa berlalu . Dalam pada adik blur2 lost banyak benda taktau tanya macam2 sampai kak nengok adik matang dah. la jadi ibu dah pun . Indah sangat perjalanan hidup adik Tuhan tu aturkan.

“Tahniah dik! Kak sayang adik kak happy for u dik .. Kak punya happy mcm dapat cucu ja rasa. Syukur rezeki di hari jumaat ni.

“Ok kak nak siap2 satgi kak pi jumpak adik nah! Tak sabaq nak tengok kembaq. Tq mama abah fad jaga adik love u @syaheeraarahman,”
tulisnya.

Sehingga kini foto tersebut telah mendapat lebih 3000 ‘Likes’ selain dihujani dengan ucapan tahniah dan doa oleh pengikut dan peminat mereka.

Teks Oleh: Mya Amri