Kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu berjaya mengungguli minggu keenam #JuaraParodi.

Mendedikasikan persembahan mereka kepada Allahyarham Yus Jambu yang meninggal dunia pada 30 November lalu, Kobis Pedas mendapat kutipan mata tertinggi dan mendahului sembilan kumpulan yang lain.

Menyampaikan lagu yang berjudul ‘Lagu’ nyanyian asal Bedroom Sanctuary dalam versi parodi, Kobis Pedas berjaya menggamit memori penonton #JuaraParodi terhadap Allahyarham Yus menggunakan props bingkai gambar.

Menerusi minggu keenam yang mengangkat tema ‘Dalam Kenangan’, Kobis Pedas berjaya mengubah lagu genre pop tersebut kepada lagu irama hip hop dengan baik sekali.

Kumpulan Right Handed mendapat tempat kedua manakala kumpulan Selamba Blur, Black Dot Chey, Skru dan Abang Face mengekor rapat kumpulan Kobis Pedas.

Kumpulan Cuba Teka, Mawi & The Loyar, Juri dan Senaman pula terpaksa berpuas hati mendiami empat kedudukan terbawah.

Anda berpuas hati dengan kedudukan ini? Jika tidak, anda mampu mengubahnya! Jom undi Carta Digi Online #JuaraParodi untuk memilih peserta kegemaran anda!

Selain diberi peluang untuk memilih peserta kesukaan anda, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Bagi pengguna Digi, anda akan berpeluang untuk memenangi 100GB storan foto dan video percuma untuk app Capture bernilai RM250 dan sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Untuk bukan pengguna Digi, anda boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Jadi, apa tunggu lagi? Jalankan tanggungjawab anda untuk mengundi peserta kesukaan anda di laman web #JuaraParodi! Pengundi terbanyak bakal memenangi hadiah mingguan menarik. Hanya satu pemenang yang akan dipilih untuk setiap minggu!

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

#JuaraParodi disokong oleh Digi. Isi semula dengan Digi Smart Prepaid™ atau Digi Best Prepaid terbaru untuk menikmati 1.2GB Internet dengan rangkaian 4G LTE terluas. Promosi sah sehingga 31 Disember 2015.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal