Pada minggu lalu, pelakon Fouziah Gous telah mengadakan majlis bertahnik untuk anak lelakinya, Muhammad Zeeshan.

Istimewa lagi Fouziah dan suaminya, Md Zhafran Md Yusof turut mendedahkan wajah putera sulung mereka menerusi akaun Instagram untuk tatapan para peminat.

Dengan menggunakan hashtag #Zhafoujr, pelbagai foto menarik yang mempamerkan aksi comel putera sulung mereka telah dimuat naik oleh pasangan tersebut.

Antara yang menarik perhatian ialah foto Zeeshan tersenyum manis ketika berada dipangkuan bapanya.

Instagram Fouziah dibanjiri dengan komen-komen memuji kecomelan Zeeshan dan tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Muhammad Zeeshan dilahirkan pada 26 November lalu di Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam.

Dapatkan tips menarik, info dan inspirasi untuk ibu dan bapa di luar sana yang ining menjadi terbaik buat anak mereka di facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa ‘cute’ Muhammad Zeeshan di bawah:

Teks Oleh: Mya Amri

Kredit Foto: Instagram Fouziah Gous, Md Zhafran dan Zhaffoujr