Hong Kong, destinasi bucketlist yang patut anda letakkan dalam senarai wajib lawat dalam masa terdekat!



Siapa kata makanan halal susah dicari di Hong Kong? Kini anda tak perlu lagi membawa sebekas beg khas untuk mengisi makanan dalam tin dan makanan kering untuk dinikmati.

Jika anda ada perancangan untuk ke Hong Kong, pastikan tujuh destinasi halal ini perlu diletakkan dalam senarai.



Negara Muslim-friendly ini menjanjikan pengalaman hidangan yang enak, segar dan pastinya mengenyangkan.

Apa yang patut anda cuba makan dan dimana? Mari kita semak.


1. Islamic Centre Canteen - Halal dim sum


Syurga makanan halal ini sering dikunjungi oleh pengunjung Muslim terutamanya dari Malaysia. Antara menu yang wajib anda cuba adalah dim sum.

Ada pelbagai pilihan daripada dim sum daging, ayam serta makanan laut untuk anda pilih. Inilah masanya untuk anda nikmati dim sum halal di Hong Kong, pasti rasanya teringat-ingat sampai pulang ke tanahair.

Lokasi: 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Yat Sin St, Wan Chai, Hong Kong

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 9 malam.

2. Chrisly Cafe – Halal bakery


Restoran yang awalnya merupakan sebuah kedai roti ini dibuka pada tahun 2016. Disini, anda boleh dapatkan pelbagai pastri yang dijamin halal dan enak.

Jika anda berpeluang mengunjungi Chrisly Café, wajib cuba tart telur, roti nanas dan kek wife yang ternyata sangat laris dan asli.

Lokasi: Shop 3018, 3/F, Shun Tak Centre, 168-200 Connaught Road Central, Hong Kong.

Waktu operasi: 7 pagi – 7 malam


3. Wai Kee – Halal roast duck


Kalau dah sampai Hong Kong tapi tak mencuba itik panggang, memang rugi! Restoran Wai Kee sangat popular dalam kalangan orang lokal.

Menyediakan itik panggang halal, hidangan istimewa ini sangat enak dan sering menjadi pilihan pelancong Muslim. Selain itik panggang, boleh cuba juga nasi ayam kari, kari daging serta mee kari.

Lokasi: No 5, Cooked Food Centre, 1st Floor, Bowrington Road Market, Wanchai, Hong Kong.

Waktu operasi: 10 pagi – 6 petang


4. Ma’s Restaurant – Xinjiang cuisine


Ma’s restaurant menjadi pilihan sebagai destinasi halal kerana ia terkenal dengan menu masakan tradisi Hong Kong. Terletak hanya lima minit berjalan kaki dari Stesen MRT Prince Edward, ia mudah dicari.

Ditambah pula menyediakan manakan yang dijamin halal, anda boleh menikmati semua makanan asli Hong Kong ini tanpa was-was. Antara menu paling popular yang wajib anda cuba adalah Veal Goulash.

Lokasi: G/F, No. 1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Kowloon – Next to Chow Sang Sang Securities

Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam

5. Hung’s Chinese Restaurant


Dimiliki oleh peniaga Muslim, ini antara restoran yang wajib anda singgah untuk makanan halal yang menyediakan masakan tempatan Hong Kong dan China kepada pengunjungnya.

Menu yang wajib anda cuba, sudah tentu menu terkenal mereka, ayam panggang garing! Tidak ketinggalan pesan bersama nasi goreng serta daging lada hitam.
Dengar menu sahaja sudah cukup buat anda kecur liur. Mesti singgah!

Lokasi: Chungking Mansion, 36-44 Nathan Rd, Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam


6. Hong Kong Disneyland – Explorer’s Club Restaurant & Tahitian Terrace


Disneyland merupakan antara tempat wajib letak dalam senarai lawatan. Tahukah anda, di dalam Disneyland juga ada dua restoran halal yang anda boleh singgah.

Sambil riang-ria bermain pelbagai permainan, isi perut anda dengan makanan enak yang disediakan disini. Selain itu, ada ruang solat disediakan bersebelahan restoran untuk kegunaan anda.

Lokasi: Mystic Point dan Adventureland, Hong Kong Disneyland.


7. Ocean Park – Cafe Ocean


Ocean Park merupakan antara taman tema tertua yang ada di Hong Kong. Disini juga, ada disediakan menu halal untuk pengunjung Muslim menikmati makanan mereka sambil bermain.

Paling best, mereka menyediakan menu yang buatkan anda rindu pada Malaysia iaitu nasi ayam Hainan, laksa Malaysia dan Char Kway Teow Pulau Pinang.

Lokasi: Ocean Park, 180 Wong Chuk Hang Rd, Aberdeen, Hong Kong

Waktu operasi: 10 pagi – 8 malam

Dah tahu ni, anda patut tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines dan rancang perjalanan ke Hong Kong sekarang.

Dengan Malaysia Airlines, penerbangan rasmi Malaysia ini menawarkan pelbagai perkhidmatan premium untuk anda selesa terbang ke Hong Kong dan pelbagai lagi destinasi pilihan.

Untuk anda yang ternanti-nanti tawaran hebat, promo tiket Malaysia Airlines kini ada tiga fasa.

Rebut tiket penerbangan anda sekarang dan raih 2x Elite Miles apabila anda terbang ke Hong Kong dengan kelas bisnes Malaysia Airlines. Klik disini untuk maklumat lanjut.