Jualan tudung jenama Naelofar milik pengacara dan pelakon Neelofa mencecah jualan RM50 juta pada tahun ini.

Menjual tudung yang harganya tidak lebih daripada RM100 sehelai, hasil jualan tersebut telah melebihi dua kali ganda sasaran mereka.

“Kami tidak menyangka dan rasa sangat terkejut dengan penerimaan tersebut. Kami sendiri seakan tidak percaya apabila mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada pembeli jenama Naelofar,” kata kakak Neelofa, Noor Nabila yang merangkap Pengarah Urusan NH Prima International, syarikat di sebalik jenama Naelofar.

Selain dijual online di seluruh dunia, jenama Naelofar dipasarkan menerusi butik utama mereka dan 700 pengedar sah di seluruh Malaysia.

Dengan pengedar di Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat, Naelofar bermatlamat untuk menjadi jenama global.

Jenama Naelofar kini memandang jauh ke hadapan. Tidak hanya berazam untuk menakluk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei, jenama Naelofar mensasarkan mahu menjadi jenama hijab nombor satu di dunia.

"Apabila orang mengatakan ia adalah satu pasaran yang belum diterokai, ia adalah benar-benar satu pasaran yang belum diterokai.

“Kuasa media sosial benar-benar merubah semua perkara. Pada masa kini, individu yang memakai hijab bukan sahaja datang dari kampung, mereka boleh menjadi ikon, berjaya dan memakai hijab,” kata Nabila lagi.

Susunan oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: BBC