Pelakon Nur Fazura mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran arwah bapanya, Sharifuddin Adnan yang disambut semalam (17 Jun).

Menurut Fazura, sudah 19 tahun dia kehilangan seorang insan yang sangat penting dalam kehidupannya.

"Al-Fatihah. Hari ini merupakan hari lahir arwah papa.

"He would’ve been 63 years old today! 19 tahun pemergian lelaki paling penting di dalam hidup saya pada 14hb September 2000..

"Yang telah membesarkan, mendidik dan menyayangi saya lebih dari dirinya sendiri. Pemergian beliau secara mengejut membuatkan saya hilang kekuatan dan tempat bermanja.

"Sebagai anak perempuan tunggal dari 4 beradik, saya pastinya amat rapat dan manja dengan arwah papa.

"Arwah juga sepanjang hidupnya selalu bersabar dengan segala kerenah saya terutama sewaktu usia remaja. Tetapi sikap penyabar, sentiasa positive, penyayang, serta sering melihat orang lain dengan kasih-sayang itu akan terus menjadi panduan dalam hidup saya.

"Arwah juga sering berpesan.. Sentiasalah berbuat baik pada orang lain kerana perjalanan hidup kita masih jauh...

"Kita tidak tahu apa pula yang akan menimpa kita akibat kata-kata atau perbuatan tidak baik yang kita lakukan," tulisnya.

Fazura menulis ucapan menyayat hati buat arwah ayahnya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Tambah pelakon filem J Revolusi ini, sifat arwah bapanya sama dengan peribadi yang ada dalam diri suaminya, pelakon Fattah Amin.

'"Tidak mengerti bagaimana saya mampu teruskan hidup tanpa tempat bermanja dan hanya dengan memori papa, Allah SWT yang maha penyayang lagi maha mengasihani telah siap merancang pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan itu.

"Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi
imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.

"Sifat-sifat yang ada dalam diri suami saya juga banyak menyerupai arwah papa. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih, maha mengasihani dan hanya Allah SWT perancang terbaik dalam kehidupan kita semua.

"Semoga kita sentiasa redha, sabar dan yakin akan ketentuan Allah SWT. I miss you every second and wishing you’d still be here with us,
wishing I could shower you with everything you’ve given me all my life.

"I love you beyond words. Semoga kita bertemu lagi di Jannatul Firdaus. InsyaAllah.. Amin. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat papa Faz ya?

"Happy Birthday my Papa forever.. Sharifuddin bin Adnan," tulisnya lagi.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.