Pelakon Datin Paduka Umie Aida memuat naik satu video pertemuannya dengan Erra Fazira.

Menerusi video di InstaStory bertarikh 14 Jun itu, Umie turut menulis 'semua salahkan aku... kerana tak maafkan dia... Ya Allah' dipercayai merujuk kepada 'krisis' yang berlaku antara beliau dan teman baiknya itu.

Dalam rakaman video tersebut, kelihatan Umie berpelukan dengan Erra Fazira dan Erra kelihatan sebak semasa dipeluk oleh Umie.



Menerusi hantaran video itu juga, Umie juga berharap netizen tidak lagi bercakap tentang isu antara mereka itu, selain berdoa agar semua pihak berada dalam rahmat Allah.

Malah, Umie ketika diminta untuk mengulas perkembangan baik hubungannya dengan Erra oleh Astro Awani juga menolak dengan cara baik untuk tidak mahu memanjangkan lagi hal tersebut.

Erra sebelum ini telah membuat permohonan maaf melalui laman Instagramnya kerana telah mengecewakan teman baiknya buat kali ketiga.

Semoga segala salah faham dan masalah yang timbul telah terlerai dan hubungan mereka berdua kembali kukuh.