Pelakon Yaya Maembong akui pernah berumah dalam van bersama adik-beradiknya yang lain ketika dibawa bercuti oleh bapa mereka.

Menurut ia merupakan kenangan paling manis ketika zaman kanak-kanak apabila pergi bercuti ke seluruh Malaysia menaiki van.

"Satu kenangan yang menyeronokkan kerana selain tidur di dalam van bersama-sama, kami akan berkelah di tepi pantai.

“Van tersebut agak istimewa kerana kami adik-beradik telah mengubahsuai kenderaan tersebut itu menjadi 'rumah'. Dalam van itu ada toilet, televisyen dan tempat tidur.

“Dengan van itu kami semua mengelilingi tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia,” katanya.

Sungguhpun begitu, Yaya yang merupakan anak kedua daripada 11 beradik mengakui, masa kecilnya banyak dihabiskan dengan bermain di dalam rumah.

“Waktu kecil kami memang tidak berkawan dengan orang luar. Mungkin sebab adik-beradik dah ramai agaknya. Kalau keluar pun, kami akan main bersama-sama di taman permainan,” ceritanya.

Mengenai perkembangan lain, Yaya dan dua adiknya, Emma serta Chacha kini muncul dalam program realiti digital, The House.

The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap Rabu, jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.

Artikel oleh: Syafiqah Jalal