Awal minggu lalu, pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di laman Instagram IG)nya selepas dikhianati sahabat baik sendiri.
Pelbagai spekulasi timbul sehingga nama seorang aktres disebut-sebut warga net walaupun Umie tidak pernah menyatakan nama ‘sahabat’ itu.
Pagi tadi, Umie telah memuat naik sebuah lagi posting dan telah mendapat perhatian kakaknya sendiri, pengarah Erma Fatima.
Menerusi ruangan komen Erma pada mulanya hanya membuat teguran secara umum supaya menjadikan perkara yang berlaku kepada Umie sebagai pengajaran.
Erma turut berpesan jika mahu hidup senang, carilah hasil dari titik peluh sendiri supaya hidup lebih berkat dan rahmat.
Bagaimanapun respons tersebut telah dianggap sebagai kebudak-budakan oleh seorang warga net dan mengundang rasa kurang senang Erma yang disokong oleh pengguna laman sosial lain.
Mereka menganggap komen ditinggalkan @haizaron_barin itu sebagai kurang sopan dan berkemungkinan menggunakan akaun palsu.
Dalam pada itu menjawab komen pengguna warga net yang lain, Erma menegaskan dia bukan bersikap kebudak-budakan, tetapi tidak boleh berdiam lagi kerana perkara yang berlaku kepada Umie sudah berlarutan dua tahun.
“Maaf, saya bukan nak jadi budak-budak. Saya punya isu pun saya tak pernah masukkan dalam IG sebelum ini, tapi saya tak boleh tahan bila perkara ini dah berlaku dua tahun.
“Dah mohon maaf tapi masih buat. Dibodoh-bodohkan adik saya. Masih tak nak mengaku. Bila kita kata nak keluarkan semua bukti baru nak menggelabah.
“Saya pun tak minat nak main game sosial media ni, tapi orang tu meminta….,” tulisnya.
Dalam respon paling awal Erma kepada posting Umie, selain menasihatkan adiknya itu dia turut menganggap pelakon Dukun itu memiliki ‘sahabat’ kelakar.
“Dah terang lagi nak bersuluh pulak cik Umie Aida. Sudah-sudahlah, Allah dah tunjuk segalanya…Kau dah nampakkan terang-terang yang mana sahabat, yang mana musibat.
“Apa sangatlah erti sebuah persahabatan untuk digadaikan demi kesenangan yang diimpikan. Kelakar kawan hang ni,” tulisnya.
Fiza Kamarudin
Fri Jun 14 2019
Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.
Blockout 2024: "Kalau Tak Suka Boleh Block & Diam" - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan memalukan selebriti tempatan yang disenaraikan dalam kempen Blockout 2024.
AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.
Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Dollah Hapak | Throwback Telemovie Gempak
Minggu ini kami bawakan telemovie Dollah Hapak. Korang pernah tengok tak? Korang kalau ada suggestion nak telemovie yang lama-lama korang boleh komen di media sosial kami ok. Kami akan cuba tunaikan.
Avril Lavigne Komen Teori Konspirasi Telah Mati & Diganti Wanita Berwajah Sama
Avril Lavigne merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada awal tahun 2000 dengan genre pop-punk.
[PROMO] Uji Bakat INNOVATHON Musim Ke-2
INNOVATHON KEMBALI! ANDA ADA IDEA YANG MENARIK?
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.
Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya
Satu keluarga, satu peluang, satu rompakan terakhir. The Experts yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist.