Adik pelakon Afdlin Shauki, Jefri Adzman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5:14 petang tadi.

Berita itu dimaklumkan oleh Afdlin menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.

“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau.

“Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.

“Sekarang adik dah boleh jaga mak Insya-Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur.

“Elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami Jep... Yeop sayang kau Jep,” tulisnya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya. Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep... Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Terdahulu, adiknya yang menunggang motosikal jenis vespa dilanggar kereta Myvi dari arah tepi dalam satu kemalangan di Kota Damansara.

Akibat impak kuat pelanggaran, mangsa cedera parah di kepala dan dikejarkan ke sebuah hospital di Kota Damansara.