Pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mendedahkan dirinya dikhianati oleh seorang sahabat baik.

Umie meluahkan perasaan menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.



"MONEY IS NOT EVERYTHING but EVERYTHING IS MONEY. SubhanaAllah... Betapa murahnya nilai sebuah persahabatan bagi kau!

"Kau boleh bohongi satu dunia dengan keterampilan suci kau yang seperti dibawah lindungan Kaabah itu.. dan paling sayang... kecantikan wajah kau tidak secantik hati kau!

"Sehingga keterbiasaan itu membuat kau terlupa bahawa kemewahan yang kau ambil itu akan menghancurkan hati sahabat kau sendiri.. Bukan kerana kebendaan itu TETAPI kerana seorang sahabat tidak akan MENGKHIANATI sahabatnya sendiri semata mata untuk kesenangan.

"Aku cuba lupakan sejarah silam dengan harapan kau sudah berubah. Tidak ada yang berubah rupanya... dan bukan mudah merubah kebiasaan hidup silam seseorang?

"Tapi aku masih memberi seluruh kepercayaan aku kepada kau sehingga aku menghadam kekecewaan aku satu ketika dulu demi untuk memaafkan kau kerana aku terlalu menghargai kau sebagai sahabatku. Tetapi sahabat! Ucapan maaf bukan hanya sekadar kata-kata.. ianya ungkapan yang harus diselarikan dengan tidak lagi mengulangi kesilapan itu.

"TETAPI hari ini kau bukan sahaja mengulangi kesilapan itu tetapi kau telah bertakhta di hati aku sebagai PENGKHIANAT!! #fakefriends #becareful @zahidarafik maafkan me baby tak dengar nasihat baby dari awal. Korang pernah tak ada kawan jenis macamni? Apa korang akan buat?" luah Umie.

Biarpun tak menyebut sebarang nama, Umie nyata kecewa dengan perbuatan sahabatnya itu yang melukai hati dan perasaan Umie.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan nasihat kepada Umie agar aktres itu bersabar.

Tidak kurang juga ada netizen yang mula membuat kesimpulan sendiri dan meneka siapakah gerangan sahabat yang Umie maksudkan.

Ada yang mula meninggalkan komen dan mendakwa sahabat baik Umie, Erra Fazira sebagai individu yang dimaksudkan.



Menerusi pemerhatian Gempak di Instagram Umie dan Erra, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti satu sama lain di laman sosial terbabit.



Umum mengetahui bahawa Erra dan Umie merupakan sahabat baik dan menjalin hubungan rapat.