Sedih apabila mendapat berita bahawa Fasha Sandha yang baru mengandung anak pertamanya bersama suami, pelakon Aidil Aziz, mengalami keguguran.

Berita tersebut dikongsi Fasha di Instagramnya bersama ucapan memohon maaf buat isteri dan anak-anaknya.

"Ibu mintak maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang.
Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2.

"Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2, buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu," tulis Fasha panjang lebar.

Tambah Fasha, dia terlalu aktif sehingga terlupa bahawa dia perlu banyak berehat untuk anak di dalam kandungannya.

Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2 ? Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik ? To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha . . Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika. #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

"To my dear followers, thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried.

Fasha juga memohon agar pengikut-pengikutnya dapat mendoakan agar dia dan keluarganya kuat untuk melalui ujian yang dihadapinya.

Fasha turut meninggalkan pesanan buat suaminya untuk sama-sama berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.

Fasha yang berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac lalu mengumumkan dia hamil selepas dua bulan perkahwinan mereka.