Semalam seorang wanita ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Astro Awani, wanita berusia 27 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 8 malam selepas pihak Perhilitan membuat pemeriksaan di rumahnya selepas menerima maklumat awam.

Namun apa yang lebih mengejutkan, wanita terbabit dikatakan seorang penyanyi rock yang lahir dari rancangan realiti.

Anda boleh lihat tweet di bawah:
Sementara itu, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita itu bagi membantu siasatan kes itu.

“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” katanya.

Beliau berkata wanita itu disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di laman sosial hari ini.