Foto anak sulong Shah Rukh Khan, Aryan Khan yang dimuat naik ke media sosial kembali menjadi tumpuan umum.

Menerusi foto terbaru Aryan, jejaka berusia 17 tahun ini kelihatan tidak malu untuk bergambar dan sedang bersosial dengan rakan-rakan di kelab malam.

Aryan yang memakai baju berbaju kelabu dan berseluar jeans hitam menghabiskan masa bersama teman baiknya, Ahaan Pandey juga anak saudara kepada aktor Chucky Pandey.

Baru-baru ini, Shah Rukh Khan mengakui anak-anaknya merasa sedikit janggal apabila foto mereka sering diambil secara senyap-senyap sewaktu meluangkan masa bersama rakan-rakan.

“Saya rasa perkara tersebut sangat kekok untuk mereka. Foto mereka diambil secara senyap sewaktu lepak bersama kawan-kawan. Mereka merasakan tindakan tersebut cukup aneh,” jelas Shah Rukh Khan.

Beberapa bulan lalu, Aryan menjadi bualan hangat peminat di media sosial selepas memuat naik foto tanpa pakaian dengan tubuh yang sasa.

Manakala awal tahun yang lalu, foto Aryan bersama adik perempuannya tersebar sewaktu mereka tiba di lapangan terbang selepas pulang bercuti di London. Foto tersebut menerima pujian ramai yang menganggap Aryan mewarisi ketampanan ayahnya.

Olahan semula: Khalid Rahman

Sumber: Indian Express, Pink Villa