Penyanyi muda, Wani Kayrie akui popularitinya kian melonjak selepas menyertai pertandingan nyanyian 'Big Stage' terbitan Astro.

Menurutnya, mungkin disebabkan itu jugalah dia kini telah menerima hadiah baju raya yang banyak daripada peminatnya.

Kata Wani, tahun ini adalah kali pertama dirinya menerima hadiah sebegitu dan lapan pasang baju raya sudah cukup banyak baginya.

"Saya jarang dapat baju raya dari peminat, namun Alhamdulillah tahun ini tak sangka dapat banyak baju raya.

"Baru seminggu puasa hari, dah lapan pasang saya dapat. Terbaru ni tak tahu pula berapa," katanya.

Tambah Wani, setiap tahun dia dan keluarganya hanya memperuntukkan dua pasang baju saja untuk sambutan Syawal.

Jelasnya, dia juga tidak mahu membazir dengan lambakan baju raya dan sebolehnya menggunakan apa yang telah dibeli sebelum ini.

"Setiap tahun dua pasang sahaja baru raya kami sekeluarga.

"Baju untuk sayabpun tak banyak beli tahun ini, pakai mana ada je," katanya ketika ditemui majlis sidang media Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort, baru-baru ini.

Selain Sissy, Fara Hezel, Wani Kayrie dan Raja Syahiran turut dilantik sebagai Sahabat Durian Festival.