Bagi anda yang masih bujang atau belum mempunyai anak, pastinya sambutan raya dianggap sebagai satu situasi yang sukar.

Setiap tahun terpaksa berdepan dengan 'makcik bawang' yang bertanyakan soalan-soalan 'panas'.

Namun tahukah sebenarnya anda merupakan golongan yang paling bahagia?

Berdasarkan kajian dibuat oleh professor di London, Paul Dolan, wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak adalah kumpulan paling bahagia dalam populasi di dunia.

Malah menurutnya, golongan ini juga berkemungkinan besar dapat hidup lebih lama berbanding rakan mereka yang sudah berkahwin.

"Orang yang belum berkahwin menunjukkan tahap penderitaan yang lebih rendah daripada individu sudah berkahwin.

"Individu ini mengambil risiko yang rendah, miliki duit yang lebih banyak, sekali gus mampu hidup lebih lama," katanya.

Jadi bagi anda yang bimbang ditanya soalan 'maut' pada hari raya nanti, bolehlah tunjuk kajian ini kepada mereka.