Pelakon Hanez Suraya telah menamakan cahaya mata pertamanya dengan nama yang begitu cantik, Putri Aleesya.

Nama anak perempuanya itu didedahkan sendiri oleh Hanez menerusi akaun Instagramnya dengan menggunakan hashtag #putrialeesya dan #myprecious semalam (Rabu).

Selain itu, Hanez juga turut berkongsi beberapa foto terbaru yang memperlihatkan pelbagai aksi dan mimik muka bayi Putri Aleesya khas buat tatapan peminat dan pengikut di Instagram miliknya.

30 Disember yang lalu tahun lalu, Hanez selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram Hanez Suraya