Aktres Juhi Chawla mengakui tidak mahu menonton filem terbaru Shah Rukh Khan dan Kajol, Dilwale kerana mempunyai sebab tersendiri.

Menurut wanita kelahiran Ambala, India itu sehingga kini filem tersebut masih tidak menerima ulasan dan reaksi positif oleh umum secara meluas.

“Saya tidak dengar banyak perkara menarik mengenai filem tersebut. Jadi, saya fikir lebih baik tidak pergi menonton. Tidak mengapa. Bahkan jika saya tidak tonton Dilwale ia bukan perkara yang besar,” jelas Juhi.

Juhi Chawla dan Shah Rukh Khan sebelum ini turut dianggap antara gandingan ideal layar perak di era 90an selain mereka mempunyai hubungan rapat di luar set penggambaran.

Antara filem gandingan mereka yang mendapat sambutan hebat termasuk Yess Boss, Raju Ban Gaya Gentlemen, Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan Darr.

Kali terakhir Juhi Chawla dan Shah Rukh Khan bergandingan menerusi filem Paheli yang ditayangkan pada tahun 2005.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Pink Villa, DNA India